Usahawan
Usahawan (bahasa Inggeris: entrepreneur) adalah sesiapa yang:
- terlibat dalam perniagaan, baik membuat, menjual ataupun berdagang barang-barang;
- pemilik tunggal bagi syarikatnya; serta
- telah bertapak dari segi keperluan harian tetapi masih bercita-cita mengembangkan pengaruh dan kekayaannya.
Banyak
penyelidikan yang telah dijalani mempertunjukkan bahawa
usahawan-usahawan yakin pada keupayaan mereka untuk mengawal takdir
kendiri. Adalah disebabkan kepercayaan ini bahawa mereka bertindak
dengan cara yang amat individualistik dan sentiasanya juga suka
memberontak. Ia juga menyebabkan sikap yang sudi menerima terlalu
banyak kerja yang tidak diterima oleh orang biasa, menggalakkan
ketabahan yang luar biasa dan menumpang reputasi dedikasinya kepada
sebuah konsep, produk ataupun usaha perniagaan.
Jenis usahawan
Terdapatnya tiga jenis usahawan:
- peramal;
- orang yang berusaha bersungguh-sungguh (strivers);
- orang tengah.
Peramal
Usahawan
yang merupakan peramal didorong oleh ketidakpuasan hati dengan keadaan
di dunia. Mereka yang terlibat dalam rekaan baru teknologi mempunyai
keyakinan yang mendalam bahawa cara pelaksanaan sekarang tidak
memuaskan dan boleh diperbaiki. Oleh sebab itu, mereka akan mencari
bahan-bahan dan proses-proses yang lebih baik ataupun produk-produk
yang lebih berkesan untuk kegunaan pengguna-pengguna serta
pelanggan-pelanggan perindustrian.
Dalam banyak
daya usaha di sektor perkhidmatan, gagasan-gagasan yang baru telah
membasmikan sebahagian daripada sistem-sistem yang tidak cekap.
Walaupun peramal masih memerlukan untung, kuasa motivasinya melampaui
sejuta dolar dan pada kelihatannya, usahawan yang mempunyai sifat ini
tidak akan hilangnya. Daripada ketiga-tiga jenis usahawan, peramal
merupakan jenis yang mungkin sekali menjadi pereka baru yang sebenar.
Mereka yang berusaha bersungguh-sungguh (striver)
Seperti
dengan peramal, usahawan dalam golongan ini mempunyai pandangan dunia
yang resah. Minat mereka lebih cenderung kepada sifat eklektik dalam
pencarian projek-projek baru. Rupa-rupanya mereka tidak berpuas hati
dengan apa yang telah dicapai. Tanpa henti-hentinya, mereka berusaha
dengan sedaya upayanya dan harus mempunyai sekurang-kurang satu ataupun
sebaik-baiknya beberapa projek pada mana-mana satu waktu. Bagi mereka,
jenis usaha tidak mustahak berbanding dengan peluang untuk melibatkan
diri dalam usaha. Mereka bersaing dengan garang dan tidak henti-henti
menyelidik dan menguji gagasan-gagasan dan teori-teori yang baru. Pada
kes keterlaluan, mereka akan memilih membuat apa-apa sahaja, termasuk
mengambil risiko yang amat tinggi daripada ketidakgiatan. Secara amnya,
hidup mereka tidak gembira.
Kebanyakan usahawan
dalam golongan ini tidak yakin pada diri sendiri dalam perhubungan
dengan masyarakat dan sentiasa kena membuktikan keupayaan mereka.
Adalah ajaib bahawa lagi kaya dan lagi berjaya jenis usahawan ini,
lebih takut mereka terhadap kemungkinan kegagalan. Usahawan yang telah
mencapai kekayaan yang jauh melebihi keperluan untuk hidup dengan
selesa sepanjang umur masih mengumpulkan lebih dan lebih pencapaian dan
modal secara berterusan. Adalah disebabkan golongan ini bahawa
tertimbulnya bayangan jutawan yang mencurigai, kedekut dan egosentrik.
Orang tengah
Antara
ketiga-tiga golongan usahawan, golongan ini adalah golongan yang lebih
bersifat licik dan tidak dipengaruhi perasaan. Orang tengah akan
mencari peluang di mana-mana pasaran, negara ataupun barangan sahaja.
Mereka menganggapi bahawa kemahiran mereka adalah keupayaan untuk
bertindak dengan lebih cerdik, lebih pantas ataupun lebih berkuasa
berbanding pesaing-pesaing mereka. Usahawan dalam golongan ini adalah
usahawan yang akan:
- mengesan kekurangan di sesuatu pasaran dan penawaran berlebihan di pasaran yang lain;
- nampak potensi yang belum direalisasikan di harta tanah; ataupun
- membawa dua pihak bersama-sama untuk kepentingan bersama.
Selain
daripada makan banyak garam, mereka juga mempunyai daya cipta dan
sering kalanya cekap dalam penilaian orang. Motif kewangan adalah amat
kuat bagi usahawan golongan ini, akan tetapi sewaktu kecekapan
diperolehi, proses berurusan lebih memberi kepuasan hati kepada mereka
daripada hanya keuntungan wang sahaja.
Adakah usahawan dilahir ataupun dicipta?
Dalam
Business Horizons, Edisi September-Oktober 1986, John G Burch
menyatakan bahawa seseorang usahawan harus mempunyai sembilan sifat
keperibadian seperti berikut:
- Keinginan untuk mencapai: daya usaha untuk mengatasi masalah dan melahirkan usaha niaga yang berjaya.
- Kerja keras: sikap mabuk kerja.
- Sikap pembelaan: kesanggupan mengetuai dan mengawasi usaha mereka sehingga ia boleh berdikari.
- Pengakuan bertanggungjawab: kesanggupan memikul tanggungjawab kepada usaha-usaha dari segi moral, undang-undang dan mental.
- Orientasi
ganjaran: keinginan mendapat ganjaran untuk ikhtiar; ganjaran boleh
mengambil bentuk selain daripada wang, seperti pengiktirafan dan rasa
hormat.
- Sikap yang optimistik: pengamalan falsafah bahawa masa kini adalah masa yang terbaik dan apa-apa sahaja dapat dilakukan.
- Orientasi kepada kecemerlangan: pencapaian sesuatu yang dapat memberi kebanggaan.
- Pengurusan: kemahiran dalam penggabungan bahan-bahan usaha serta dalam pengelolaan manusia.
- Orientasi mendapat untung: keinginan mendapat ganjaran, akan tetapi untung cuma merupakan kayu ukur kejayaan.
Daripada
sifat-sifat ini, salah dua antaranya lebih merupakan sifat yang semula
jadi, yakni "keinginan untuk mencapai" serta "keupayaan untuk bekerja
keras". Keupayaan untuk bekerja secara keras dan lama dalam penerusan
projek yang tertentu memerlukan penggabungan tenaga fizikal, emosi dan
intelektual yang tidak dapat diransang secara dibuat-buat.
Oleh
demikian, seseorang usahawan perlu mempunyai dua kumpulan sifat, yakni
satu kumpulan yang semula jadi, dan lagi satu yang dapat diperolehi.
Dengan kata lain, sebahagian daripada sifat-sifat usahawan perlu
dimiliki sewaktu dilahir dan sebahagian lagi harus diperolehi. Sesiapa
yang tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut sewaktu dilahir tidak
dapat menjadi usahawan ataupun tidak mungkin berjaya sebagai usahawan,
dan sesiapa yang mempunyai kedua-dua ciri ini tetapi malas memperolehi
ketujuh-tujuh sifat yang lain juga tidak akan berjaya sebagai usahawan.
Penentukur kecenderungan keusahawanan
John
Burch memberikan penentukur untuk menentukan kecenderungan seseorang
kepada keusahawanan. Matriksnya adalah seperti di bawah.
Pada
hujung nyah keusahawanan adalah buruh sedangkan pada hujung
keusahawanan adalah usahawan pereka yang bukan sahaja mengeksplotasikan
gagasan tetapi juga merekakannya. Antara kedua-dua keterlaluan terdapat
jenis-jenis pekerjaaan yang lain, menurut kecenderungan yang
dipertunjukkan.
Jika kesemua unsur sikap seseorang
adalah disebelah kanan skala, namum mereka mempunyai kemungkinan yang
besar untuk menjadi usahawan, akan tetapi sekiranya terdapat mana-mana
satu unsur yang berada pada kiri skala, kemungkinan ini akan terjejas.

| 1 | 2 | 3 | 4 |